Posts

Showing posts from June, 2023

Kaedah Pengukuran Kejayaan Pembangunan Berteraskan Islam

Image
Pembangunan asas kemajuan. Pembangunan secara umumnya sangat sinonim dengan kemajuan.Islam turut menekankan bab kemajuan dan kecemerlangan dalam kehidupan. Dalam laungan azan sendiri terdapat ayat , حي على الصلاة ، حي على الفلاح  yang bermaksud  "Marilah Solat, Marilah Menuju Kejayaan" Seruan ini secara asasnya dapat difahami adalah untuk mengajak umat Islam memperoleh kejayaan dan kejayaan diperoleh menerusi solat (ibadah). Penekanan bab aqidah dan tujuan hidup seorang Muslim iaitu menggapai redha Allah telah ditekankan dalam pelaksanaan pensyariatan azan dan solat yang dilakukan sehari-hari dalam kehidupan Muslim. Apabila merujuk dan mentadabbur ayat 1-10 Surah Al Mukminun yang dimulai dengan ayat "Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman" memberi pengukuhan kefahaman kepada kita bahawa Islam menekankan aspek kejayaan. Namun apabila diteliti, kejayaan dalam Islam tidak menjurus kepada aspek material semata-mata tetapi penekanan dalam bab 'ubudiyah , kehambaa...

Pembangunan Lazim vs Pembangunan Berteraskan Islam

Image
Apakah yang bermain dalam fikiran kita apabila menyentuh bab pembangunan?  Apakah ukuran kemajuan itu?  Apakah dengan berdiri gah bangunan pencakar langit itu tanda negara maju ? Bagaimana pula dengan kadar jenayah di sesebuah negara? Ada negara yang dinyatakan maju namun hanya terfokus pada sudut ekonomi tetapi jauh meleset prestasinya dari sudut keharmonian bermasyarakat. Peratus jenayah bunuh, kecurian dan seks bebas bermaharajalela hingga menggugat rasa aman dalam diri rakyatnya. Apabila diselidiki, ada perbezaan ketara antara Pembangunan Lazim - PL dan Pembangunan Berteraskan Islam - PBI.  Hal ini telah diteliti dan dikupas oleh ilmuwan yang mana dapat dimanfaatkan dan dilaksanakan oleh ummah.  ******************************************* Sebelum meneroka lebih lanjut PBI, elok juga untuk kita memahami secara ringkas bagaimana kaedah ukuran kejayaan di dalam pembangunan lazim. Pembangunan Lazim - PL Ukuran yang digunakan dalam pembangunan lazim pada awalnya bertu...

Penilaian terhadap isu wanita kembali bekerja berdasarkan pembangunan berteraskan Islam

Image
Prinsip pembangunan berteraskan Islam - PBI mesti merangkumi sekurang-kurangnya tujuh perkara asas yakni , Pertama: Acuan Pembangunan  (Tasawwur Islam), Kedua: Pelaku pembangunan (manusia), Ketiga: Skala waktu pembangunan, Keempat: Kerangka pembangunan Kelima:Perkaedahan pembangunan  Keenam: Peralatan pembangunan, dan  Ketujuh: Matlamat pembangunan.  (Muhammad Syukri Salleh 2003) Merujuk kepada isu wanita kembali bekerja prinsip kedua PBI iaitu manusia sebagai pelaku pembangunan adalah prinsip yang berkaitan dan memberi panduan agar isu ini dapat dikupas dengan lebih baik dari sudut pandang Islam dan secara ilmiah.  Insan atau manusia adalah makhluk Allah SWT yang paling istimewa kerana diberikan akal serta boleh berfikir, berkehendak, dan boleh menerima dan mengembangkan ilmu pengetahuan yang mana keadaan inilah yang membezakan di antara manusia dengan haiwan.  Dan dalam isu ini, wanita berperanan sebagai pelaku pembangunan. Para wanita merupakan komuniti ...

Agensi / Organisasi

Image
Wanita masih kurang sertai pasaran kerja di Malaysia. Pelbagai cabaran yang perlu ditempuh oleh para wanita bagi menggalas tanggungjawab bekerja sambil mengimbangi keperluan keluarga.  Infografik di bawah menunjukkan secara ringkas antara cabaran yang perlu didepani oleh wanita bekerjaya dan peranan wanita di negara.  Cabaran dan peranan wanita di negara : 1. Seimbang kerjaya dan keluarga  2. Sokongan penjagaan anak Cabaran :  - Kos yang agak tinggi  - Pusat penjagaan kanak-kanak tidak mempunyai kakitangan terlatih yang mencukupi  3. Persepsi masyarakat  -Sumber : Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, UKM. Berkait dengan halangan dan cabaran ini, antara usaha dan keistimewaan yang telah dirangka bagi menarik semula minat wanita untuk kembali bekerja dan berkhidmat adalah  :  1. Beri lebih banyak kemudahan - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat KPWKM 2.Wanita kembali bekerja diberi insentif gaji dua tahun sebanyak RM...

Statistik

Image
Penglibatan Wanita Dalam Sektor Pekerjaan   Penglibatan wanita dalam tenaga kerja buruh di Malaysia berbanding dengan negara-negara ASEAN yang lain agak rendah dan dalam masa yang sama perlu diberi perhatian. Penyertaan wanita dalam sektor pekerjaan antara topik utama di bahagian pentadbiran. Pelbagai inisiatif yang telah diadakan oleh kerajaan untuk menggalakkan penyertaan wanita.  Malaysia konsisten untuk memastikan usaha ini giat dijalankan dan memberi impak positif kepada masyarakat khususnya kepada golongan wanita.  Rajah ini diperoleh daripada Jabatan Statistik Malaysia . Statistik bagi tahun 2016 dan 2017 Antara isu yang diperkatakan adalah pencapaian akademik wanita di Malaysia adalah sangat baik.  Bahkan, bilangan wanita ramai di Institut Pengajian Tinggi - IPT namun kadar penyertaan tenaga kerja wanita jauh ketinggalan berbanding lelaki. Mengikut rajah di atas, masih ada jurang purata gaji dan upah siswazah mengikut jantina.  Hal ini sepatutnya diatasi...

Dasar Wanita Negara

Image
Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita MUKADIMAH ✓ Dasar Wanita Negara adalah kesinambungan kepada Dasar Wanita Negara yang digubal pada tahun 1989 dengan mengambil kira isu, peluang, cabaran dan persekitaran masa kini dan yang akan datang. Berteraskan Perlembagaan Persekutuan, prinsip Rukun Negara dan Dasar Sosial Negara, dasar ini mendukung cita-cita untuk mencapai kesaksamaan gender dan pembangunan negara yang seimbang dan lestari. ✓ Dasar Wanita Negara ini mendukung prinsip tiada diskriminasi berasaskan gender seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC), Deklarasi dan Pelan Tindakan Beijing (Beijing Platform for Action), Matlamat Pembangunan Milenium (MDGs) serta Deklarasi Putrajaya dan Program Tindakan Mengenai Pembangunan Wanita Dalam Negara Anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM Putrajaya Declaration). ✓ Dasar ini berhasrat ...

Isu Pembangunan : Wanita Kembali Bekerja

Image
Dewasa ini, peranan wanita dalam aspek pembangunan dan kemajuan negara tidak boleh disangkal lagi.  Ramai wanita yang kini bekerjaya dan menyandang jawatan besar serta mempunyai kepakaran dalam satu-satu bidang.  Namun, dalam usaha kerajaan memastikan penerusan penyerapan tenaga kerja dalam kalangan wanita, tidak dapat kita nafikan cabaran wanita terutama yang sudah berkahwin untuk mengimbangi tanggungjawab sebaiknya sebagai isteri, ibu dalam masa yang sama bekerja.  Memikul tanggungjawab ini menuntut wanita untuk berkemampuan mengurus rumah tangga dengan baik dan menjadi penyumbang ekonomi keluarga. Malah situasi ini turut dihadapi dalam kalangan wanita yang belum berkahwin. Situasi sedemikian menyebabkan ramai juga dalam kalangan wanita memilih untuk berhenti kerja agar dapat menumpukan fokus kepada keluarga dan membantu pengurusan kewangan keluarga dengan cara jimat dan bijak berbelanja.  Malah ada yang hanya melakukan kerja sampingan secara kecil - kecilan berban...