Kaedah Pengukuran Kejayaan Pembangunan Berteraskan Islam
Pembangunan asas kemajuan.
Pembangunan secara umumnya sangat sinonim dengan kemajuan.Islam turut menekankan bab kemajuan dan kecemerlangan dalam kehidupan. Dalam laungan azan sendiri terdapat ayat ,
حي على الصلاة ، حي على الفلاح
yang bermaksud
"Marilah Solat, Marilah Menuju Kejayaan"
Seruan ini secara asasnya dapat difahami adalah untuk mengajak umat Islam memperoleh kejayaan dan kejayaan diperoleh menerusi solat (ibadah).
Penekanan bab aqidah dan tujuan hidup seorang Muslim iaitu menggapai redha Allah telah ditekankan dalam pelaksanaan pensyariatan azan dan solat yang dilakukan sehari-hari dalam kehidupan Muslim.
Apabila merujuk dan mentadabbur ayat 1-10 Surah Al Mukminun yang dimulai dengan ayat "Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman" memberi pengukuhan kefahaman kepada kita bahawa Islam menekankan aspek kejayaan. Namun apabila diteliti, kejayaan dalam Islam tidak menjurus kepada aspek material semata-mata tetapi penekanan dalam bab 'ubudiyah , kehambaan seorang manusia terhadap Rabb, Tuhannya.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قَدْ أَفْلَحَ ٱلْمُؤْمِنُونَ
Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (1)
ٱلَّذِينَ هُمْ فِى صَلَاتِهِمْ خَٰشِعُونَ
(yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya, (2)
وَٱلَّذِينَ هُمْ عَنِ ٱللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna (3)
وَٱلَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَوٰةِ فَٰعِلُونَ
dan orang-orang yang menunaikan zakat (4)
وَٱلَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَٰفِظُونَ
dan orang-orang yang menjaga kemaluannya (5)
إِلَّا عَلَىٰٓ أَزْوَٰجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَٰنُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ
kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. (6)
فَمَنِ ٱبْتَغَىٰ وَرَآءَ ذَٰلِكَ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْعَادُونَ
Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.(7)
وَٱلَّذِينَ هُمْ لِأَمَٰنَٰتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَٰعُونَ
Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya. (8)
وَٱلَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَٰتِهِمْ يُحَافِظُونَ
dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. (9)
أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْوَٰرِثُونَ
Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (10)
(Surah Mukminun : 1-10)
Ibadah Sebagai Kaedah Pembangunan
Menjadikan ibadah sebagai kaedah dalam pembangunan seterusnya membolehkan matlamat akhir pembangunan itu iaitu mardhatillah dapat dicapai (Muhammad Syukri,2003)
Terdapat lima syarat bagi menjadikan pelaksanaan pembangunan itu ibadah kepada Allah SWT :
1. Niat kerana Allah SWT
2. Isi pembangunan tidak bertentangan dengan syariat
3. Pelaksanaan menurut syariat
4. Kesan pembangunan tidak bertentangan dengan syariat
5. Ibadah asas yang telah disyariatkan tidak ditinggalkan
Ukuran pembangunan berteraskan Islam juga mesti berpaksikan Allah SWT dalam masa yang sama mengambil kira keperluan yang melindungi hak-hak manusia. Hak - hak tersebut adalah hak untuk hidup (nyawa) , memiliki pengetahuan (akal), memiliki harta, dan memiliki kehormatan serta warisan (maruah dan keturunan) (Hassan, 1973)
Terdapat dua konsep yang boleh diambil kira dalam membina ukuran , indeks pembangunan Islam iaitu:
1. Maqasid syariah yang mengandungi lima dharuriyat (agama, nyawa, akal,harta,maruah/keturunan)
2. Tujuh prinsip PBI
Pertama: Acuan Pembangunan
(Tasawwur Islam),
Kedua: Pelaku pembangunan (manusia),
Ketiga: Skala waktu pembangunan,
Keempat: Kerangka pembangunan
Kelima:Perkaedahan pembangunan
Keenam: Peralatan pembangunan, dan
Ketujuh: Matlamat pembangunan.
(Muhammad Syukri Salleh 2003
Bagaimanakah kaedah pengukuran kejayaan pembangunan berteraskan Islam ?
Berdasarkan definisi pembangunan berteraskan Islam yang telah kita fahami sebelum ini, terdapat tiga perkara utama yang harus ada dalam pembangunan berteraskan Islam.
Pertama : pembangunan berteraskan Islam bertujuan memberi kebaikan (maslahah) kepada manusia.
Kedua : berasaskan kepada keesaan Allah SWT.
Ketiga : pembangunan berteraskan Islam tidak terhad kepada pembangunan fizikal semata-mata tetapi turut memberi penekanan terhadap pembangunan rohani.
Ketiga-tiga perkara utama di dalam pembangunan berteraskan Islam ini tidak dapat diperoleh jika diukur menggunakan ukuran pembangunan lazim.
Ukuran pembangunan lazim sama ada yang berteraskan ekonomi, sosial mahupun lestari, semuanya mempunyai matlamat untuk memaksimumkan pengeluaran dan kepenggunaan dan bertujuan untuk mengukur kemajuan dan kesejahteraan manusia dalam bentuk fizikal dan material semata-mata sedangkan pembangunan berteraskan Islam melangkaui urusan hidup di dunia kerana matlamatnya adalah mardhatillah , keredhaan Allah SWT yang mana ganjarannya diperoleh di akhirat kelak.
Wanita Kembali Bekerja
Pembangunan merupakan proses yang bersifat proaktif untuk memajukan dan meningkatkan kualiti hidup manusia
(Nik Mustapha, 2007)
Apabila kita memfokuskan kepada isu yang sedang dikupas iaitu berkaitan wanita kembali bekerja, kita dapati usaha yang dibuat oleh kerajaan, dasar yang dirancang (Dasar Wanita Negara) pelaksanaan oleh organisasi terlibat, semuanya adalah usaha murni bagi menambah kualiti hidup pelaku pembangunan iaitu wanita dan selaras dengan tuntutan Islam. Mekanisme bagi pembangunan Islam adalah perlunya perancangan, pengawasan, pelaksanaan,penilaian dan rekonstruk.
Kelebihan-kelebihan yang ditawarkan kepada para wanita untuk kembali bekerja seperti membuka peluang pekerjaan dan geran perniagaan kepada lebih ramai wanita, memberi cuti kepada ibu bersalin bagi tempoh yang lebih lama (3bulan berbanding 2 bulan), memberi insentif RM500 dan penyediaan taska berkualiti yang berpatutan, semua tindakan ini menambah baik kehidupan sehari-hari bagi wanita yang bekerja.
Hal ini akan membantu para wanita untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah dengan menyumbang menerusi tenaga kerja, membentuk komuniti masyarakat yang lebih baik. Pekerjaan yang baik, yang terhindar daripada maksiat dan fitnah, tanpa mengabaikan tanggungjawab hakiki sebagai isteri dan ibu agar hukumnya adalah harus dan dikira sebagai ibadah apabila niatnya kerana Allah SWT dan untuk menggapai Mardhatillah.
Semoga usaha ini akan menjadi asbab pada wanita meraih kehidupan yg lebih baik, bahagia bersama keluarga, bersama-sama membentuk komuniti masyarakat yang lebih baik, peroleh keberkatan di dalam kehidupan di dunia yang membawa kepada kehidupan yang lebih baik di la akhirat sekaligus meriah redha Allah SWT.
Kesimpulan
Oleh itu, sebagai kesimpulan yang boleh dibawa, pembangunan berteraskan Islam jauh berbeza dengan pembangunan lazim yang memandang manusia sebagai makhluk ekonomi dan ukuran pembangunan yang lebih memfokuskan kepada ekonomi semata-mata.
Pembangunan ialah satu maslahah, iaitu kebaikan. Tidak semua kebaikan hanya berlaku apabila kita maju ke hadapan.
(Wan Mohd Noor, 2011)
Istilah pengislahan menggambarkan pembangunan berteraskan Islam kerana selain bermaksud kebaikan dari semua segi, istilah ini juga membawa maksud meruntuhkan kezaliman, menghapuskan kejahilan yang tidak terdapat di dalam definisi pembangunan.
Negara yang membangun dan maju di dalam Islam seharusnya adalah negara yang maju dalam bentuk ekonomi, kebajikan rakyatnya dijaga oleh kepimpinan, pelaksanaan syariat Islam diamalkan oleh warganya, pengislahan dilaksanakan iaitu dengan mengamalkan Amar Makruf dan Nahi Mungkar, (menyeru kepada kebaikan dan menghapuskan kemungkaran)
Kemajuan sesebuah negara Islam itu perlu seiring dari sudut perkembangan material (maju ekonomi) dan perkembangan rohani (rendah kadar jenayah).
