Agensi / Organisasi
Wanita masih kurang sertai pasaran kerja di Malaysia.
Pelbagai cabaran yang perlu ditempuh oleh para wanita bagi menggalas tanggungjawab bekerja sambil mengimbangi keperluan keluarga.
Infografik di bawah menunjukkan secara ringkas antara cabaran yang perlu didepani oleh wanita bekerjaya dan peranan wanita di negara.
Cabaran dan peranan wanita di negara :
1. Seimbang kerjaya dan keluarga
2. Sokongan penjagaan anak
Cabaran :
- Kos yang agak tinggi
- Pusat penjagaan kanak-kanak tidak mempunyai kakitangan terlatih yang mencukupi
3. Persepsi masyarakat
-Sumber : Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, UKM.
Berkait dengan halangan dan cabaran ini, antara usaha dan keistimewaan yang telah dirangka bagi menarik semula minat wanita untuk kembali bekerja dan berkhidmat adalah :
1. Beri lebih banyak kemudahan - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat KPWKM
2.Wanita kembali bekerja diberi insentif gaji dua tahun sebanyak RM500 sebulan Wanita Kerja - PERKESO
3. Wanita kembali bekerja selepas bersalin raih manfaat PERKESO
4. Aturan waktu kerja yang lebih mesra wanita . Cuti bersalin ditambah kepada tiga bulan..
5. Subsidi Yuran Taska sebagai inisiatif wanita kembali bekerja - Belanjawan 2023.
6. Menggalakkan syarikat swasta yang berkemampuan untuk menyediakan taska di tempat kerja.




