Pembangunan Lazim vs Pembangunan Berteraskan Islam
Apakah yang bermain dalam fikiran kita apabila menyentuh bab pembangunan?
Apakah ukuran kemajuan itu?
Apakah dengan berdiri gah bangunan pencakar langit itu tanda negara maju ?
Bagaimana pula dengan kadar jenayah di sesebuah negara? Ada negara yang dinyatakan maju namun hanya terfokus pada sudut ekonomi tetapi jauh meleset prestasinya dari sudut keharmonian bermasyarakat. Peratus jenayah bunuh, kecurian dan seks bebas bermaharajalela hingga menggugat rasa aman dalam diri rakyatnya.
Apabila diselidiki, ada perbezaan ketara antara Pembangunan Lazim - PL dan Pembangunan Berteraskan Islam - PBI.
Hal ini telah diteliti dan dikupas oleh ilmuwan yang mana dapat dimanfaatkan dan dilaksanakan oleh ummah.
*******************************************
Sebelum meneroka lebih lanjut PBI, elok juga untuk kita memahami secara ringkas bagaimana kaedah ukuran kejayaan di dalam pembangunan lazim.
Pembangunan Lazim - PL
Ukuran yang digunakan dalam pembangunan lazim pada awalnya bertumpu kepada aspek ekonomi seiring dengan pendirian bahawa pembangunan berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi (Balassa & Hughes, 1969)
Indikator utama dalam ukuran ini ialah KDNK per kapita. Kelemahan utama yang sering diperkatakan tentang ukuran pembangunan ekonomi ialah kegagalannya menggambarkan kesejahteraan rakyat di kebanyakan bahagia dunia (UNDP, 2007)
Mengukur pembangunan melalui pertumbuhan ekonomi semata - mata juga melahirkan manusia fizikal atau _pseudo_-manusia yang bersifat kapitalis
(Muhammad Syukri, 2003)
Pertumbuhan ekonomi semata -mata tidak dapat menggambarkan realiti sebenar keadaan masyarakat kerana pertumbuhan ini hanya dinikmati oleh golongan tertentu sekaligus menunjukkan kelemahan ukuran pembangunan ekonomi yang tidak berupaya mengukur keadaan pembangunan keseluruhan masyarakat
(Wan Norhaniza, 2013)
Bagi menampung kekurangan ukuran pembangunan ekonomi,ukuran pembangunan berteraskan sosial seperti Indikator Sosial untuk Pembangunan ( Social Indicators for Development - SID ) dikeluarkan oleh Bank Dunia dan Indeks Pembangunan Manusia ( Humans Development Index- HDI ) dikeluarkan melalui UNDP)
Meskipun begitu kedua-dua ukuran ini tidak terlepas daripada menjadikan pertumbuhan ekonomi sebagai salah satu indikator pembangunan yang utama.
(Wan Norhaniza, 2013) a
Hal ini diakui sendiri oleh UNDP yang menyatakan HDI hanya merangkumi tiga aspek utama iaitu ekonomi, kesihatan dan pendidikan (UDNP, 2007)
Hal inilah yang membezakan pembangunan lazim dengan pembangunan berteraskan Islam. Pembangunan lazim menekankan aspek penghasilan dan kepenggunaan yang mana ianya bertujuan untuk memenuhi matlamat duniawi manakala PBI pula matlamatnya adalah keredhaan Allah SWT dan menjangkau kehidupan di dunia kerana ganjarannya di akhirat kelak.
