Statistik




Penglibatan Wanita Dalam Sektor Pekerjaan 


Penglibatan wanita dalam tenaga kerja buruh di Malaysia berbanding dengan negara-negara ASEAN yang lain agak rendah dan dalam masa yang sama perlu diberi perhatian.



Penyertaan wanita dalam sektor pekerjaan antara topik utama di bahagian pentadbiran. Pelbagai inisiatif yang telah diadakan oleh kerajaan untuk menggalakkan penyertaan wanita. 
Malaysia konsisten untuk memastikan usaha ini giat dijalankan dan memberi impak positif kepada masyarakat khususnya kepada golongan wanita. 




Rajah ini diperoleh daripada Jabatan Statistik Malaysia . Statistik bagi tahun 2016 dan 2017

Antara isu yang diperkatakan adalah pencapaian akademik wanita di Malaysia adalah sangat baik.  Bahkan, bilangan wanita ramai di Institut Pengajian Tinggi - IPT namun kadar penyertaan tenaga kerja wanita jauh ketinggalan berbanding lelaki.




Mengikut rajah di atas, masih ada jurang purata gaji dan upah siswazah mengikut jantina. 

Hal ini sepatutnya diatasi kerana cabaran dan tugas yang dipikul oleh lelaki dan wanita di  zaman kini adalah sama. 

Kos sara hidup yang agak tinggi sangat membebankan. 
Ada wanita yang memegang tanggungjawab menyara keluarga sama ada yg belum berkahwin atau sudah berkahwin. 
Ada wanita yang mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga kerana ketidakupayaan suami akibat sakit contohnya atau ibu tunggal yang kematian suami. 
Malah , kos taska, pusat jagaan anak-anak yang tinggi menyukarkan wanita bekerja kerana gaji yg diperoleh adalah tidak berbaloi .





Mengikut Sorotan Pasaran Buruh di bawah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini jelas menunjukkan pasaran pekerjaan negara ke arah memulih, di mana peningkatan jawatan pekerjaan turut meningkat pada suku keempat 2022 dengan 30,900 penawaran jawatan tersedia.

Berdasarkan pertumbuhan jumlah penduduk bekerja, lelaki terus mendominasi pasaran pekerjaan negara dengan 61.7% iaitu seramai 9.76 juta individu, namun perempuan pula menyumbang kepada 38.8% iaitu 6.18 juta penyertaan individu. Secara menyeluruh mengikut data tahunan, kedua jantina ini memaparkan peningkatan penyertaan dalam ekonomi dengan lelaki (+318,700 pekerja) dan perempuan 
(+182,300 pekerja).


Usaha Kerajaan Bagi Menggalakkan Penglibatan Wanita 


Walau bertukar kerajaan, isu politik yang agak rumit di Malaysia kebelakangan ini , namun isu ini terus menjadi isu utama dalam agenda kerajaan. 


Tahun 2021


Penyertaan golongan wanita dalam bidang ekonomi negara perlu terus diperkasa, termasuklah mereka yang sudah bergelar usahawan, menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun - Ogos 2021




Kerajaan berhasrat meningkatkan penyertaan wanita dalam pasaran tenaga kerja negara kepada 59 peratus menjelang 2025.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, ia juga selari dengan dasar kerajaan untuk sekurang-kurangnya 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan dalam sektor korporat - 15 Mei 2023



Wanita di Malaysia dan masa depan

Di Malaysia, wanita masih mendapat hak yang sewajarnya jika dibandingkan dengan negara-negara yang lain. Wanita di Malaysia masih dibenarkan untuk menjawat jawatan-jawatan yang penting dalam kerajaan berdasarkan merit dan kelayakan (walaupun industri atau sektor tersebut didominasi oleh kaum lelaki). 

Berdasarkan sumber dari Parlimen Malaysia, penglibatan wanita dalam badan pembuat keputusan seperti Dewan Negara, Dewan Rakyat, menjawat jawatan sebagai menteri dan timbalan menteri sememangnya agak rendah dengan hanya sekitar 20 peratus sahaja dalam badan-badan pembuat keputusan ini dari tahun 2019 sehingga tahun 2022.

Agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia tidak pernah menghalang wanita untuk bekerja. Malahan, penglibatan wanita di dalam sektor pekerjaan adalah dibenarkan sekiranya pekerjaan itu memerlukan kepakaran wanita. 

Keadaan ini amatlah berbeza sekali dengan negara-negara Islam lain yang masih berpegangkan kepada prinsip konservatif dan ortodoks yang tidak langsung memberi sebarang kelonggaran, mahupun peluang kepada para wanita untuk menimba ilmu di sekolah, memandu kereta seperti di Arab Saudi beberapa tahun yang lepas (larangan ini telah ditamatkan pada tahun 2018, selepas mendapat bantahan dari rakyatnya sendiri), apatah lagi untuk menjawat jawatan-jawatan yang penting dalam sesebuah organisasi mahupun kementerian.



Dr. Elya Nabila Binti Abdul Bahri 
(Pensyarah Kanan di Jabatan Ekonomi, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Kuala Lumpur)